Thursday, November 5, 2009

SUDUT INFO:-

UNTUK RENUNGAN BERSAMA- BETULKAH SEBUTAN SELAWAT KITA?????

Ada bermacam-macam bentuk lafaz selawat, tetapi yang paling biasa ialah lafaz selawat yang sering dikumandangkan dalam perarakan majlis Maulidur-Rasul pada setiap tahun.

"Sallallahu 'alaa Muhammad" - bait pertama
"Sallallahu 'alaihi wa sallam" - bait kedua

Kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang, dalam melafazkan selawat di atas adalah seperti berikut:-

PERTAMA: Bunyi "hu" pada hujung kalimah "Sallallahu" tidak dinyatakan. Ramai orang menyebut "Sallallah 'alaa Muhammad" dimana bunyi "hu" tidak dinyatakan . Bunyi "hu" itu adalah baris "dhammah" (hadapan) pada kalimah Allah. Dalam struktur ayat ini, kalimah Allah menjadi "isim fa'il" (pelaku) dan ia berkedudukan "rafa' ". Tanda rafa' nya ialah dengan menggunakan dhammah kerana kalimah Allah itu merupakan "isim mufrad". kalau bunyi "hu" itu tidak disebut dalam selawat, bermakna kita tidak meletakkan Allah sebagai "fa'il". Akibatnya lafaz selawat itu menjadi tidak betul dan sempurna.

KEDUA: Sama seperti kesilapan PERTAMA dalam kalimah "Sallallahu" dalam bait kedua. Keterangannya adalah sama seperti di atas.

KETIGA: Bunyi "hi" dihujung kalimah "alaihi" tidak disebut. Kebanyakan orang menyebut "alai wa sallam". "Hi" itu merupakan "dhamir" (gantinama) kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang telah disebut dalam bait pertama. kalau gantinama untuk Nabi Muhammad (s.a.w.) tidak disebut dalam selawat, bermakna selawat itu tidak sampai kepadanya. Sebagai perbandingan, samalah jika kita mengirim surat dengan tidak menuliskan nama penerima pada sampul surat, sudah tentu surat itu tidak akan sampai kepada penerimanya.

Oleh itu sama-samalah kita bertanya pada orang yang lebih arif, semoga setiap amalan kita tidak akan menjadi sia-sia.

Semoga ALLAH lipat gandakan pahala mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada saudaranya yang lain. Semoga ALLAH menerima dan menjaga amal jariah mereka. Ameen.......

No comments: