Wednesday, March 31, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN


( AYAHANDA PAPIM SABAH)



Majlis dialog antara abang-abang PAPIM TERENGGANU dengan Paduka Ayahanda Presiden serta AJK Pusat.
Banyak perkara yang telah dibincangkan serta dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Dalam majlis tersebut juga ditimbulkan apakah peranan PAPIM untuk mengatasi masaalah pengangguran serta peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Ayahanda Jamaludin dari Sabah mencabar serta mempelawa Ahli-Ahli PAPIM supaya berhijrah ke SABAH. Banyak peluang terdapat di sana. Beliau sedia membantu dalam segala urusan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.








Mesyuarat AHLI JAWATANKUASA PUSAT kali ke tiga tahun 2010 serta Majlis Dialog telah diadakan di Dewan Mesyuarat PEKAYA Kuala Terengganu pada 27hb March 2010..
Bagi pihak semua AJK PUSAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahanda Che Mat kerana sudi menaja tempat dan makanan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada
semua Ayahanda-Ayahanda PAPIM Terengganu serta Anak-Anak yang berkerja keras menjayakan program berkenaan.
Majlis ramah mesra AHLI PAPIM JOHOR bersama AJK PUSAT serta penyampaian WATIKAH kepada AYAHANDA-AYAHANDA PAPIM JOHOR yang telah diadakan di Dewan Kolej Komuniti Segamat 2 Bt. Anam Segamat Johor. Terima kasih kepada semua yang berusaha menjayakan majlis berkenaan.


Majlis ramah mesra AHLI PAPIM MELAKA bersama PADUKA AYAHANDA PRESIDEN dan AJK PUSAT yang diadakan di JASIN MELAKA. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan masjis tersebut.




Majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin anjuran bersama PERSATUAN KERABAT DIRAJA KEDAH & PAPIM KEDAH telah diadakan di ISTANA KUNING ALOR SETAR KEDAH pada 23hb January 2010. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.



Mesyuarat AJK PUSAT kali ke 2 tahun 2010 telah diadakan di Taiping Perak. Ucapan terima kasih kepada semua Ayahanda-Ayahanda PAPIM PERAK dan semua yang terlibat kerana menyediakan dewan, sarapan dan makan tengahari. Juga terima kasih pada semua AJK yang hadir.














1 comment:

warieh said...

dengan siapa yang boleh saya contact untuk mendapat maklumat mengenai PAPIM.Saya ingin menyertai PAPIM tapi tidak tahu bagaimana untuk menyertainya