Wednesday, March 31, 2010

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN


( AYAHANDA PAPIM SABAH)



Majlis dialog antara abang-abang PAPIM TERENGGANU dengan Paduka Ayahanda Presiden serta AJK Pusat.
Banyak perkara yang telah dibincangkan serta dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Dalam majlis tersebut juga ditimbulkan apakah peranan PAPIM untuk mengatasi masaalah pengangguran serta peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Ayahanda Jamaludin dari Sabah mencabar serta mempelawa Ahli-Ahli PAPIM supaya berhijrah ke SABAH. Banyak peluang terdapat di sana. Beliau sedia membantu dalam segala urusan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.








Mesyuarat AHLI JAWATANKUASA PUSAT kali ke tiga tahun 2010 serta Majlis Dialog telah diadakan di Dewan Mesyuarat PEKAYA Kuala Terengganu pada 27hb March 2010..
Bagi pihak semua AJK PUSAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahanda Che Mat kerana sudi menaja tempat dan makanan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada
semua Ayahanda-Ayahanda PAPIM Terengganu serta Anak-Anak yang berkerja keras menjayakan program berkenaan.
Majlis ramah mesra AHLI PAPIM JOHOR bersama AJK PUSAT serta penyampaian WATIKAH kepada AYAHANDA-AYAHANDA PAPIM JOHOR yang telah diadakan di Dewan Kolej Komuniti Segamat 2 Bt. Anam Segamat Johor. Terima kasih kepada semua yang berusaha menjayakan majlis berkenaan.


Majlis ramah mesra AHLI PAPIM MELAKA bersama PADUKA AYAHANDA PRESIDEN dan AJK PUSAT yang diadakan di JASIN MELAKA. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan masjis tersebut.




Majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin anjuran bersama PERSATUAN KERABAT DIRAJA KEDAH & PAPIM KEDAH telah diadakan di ISTANA KUNING ALOR SETAR KEDAH pada 23hb January 2010. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.



Mesyuarat AJK PUSAT kali ke 2 tahun 2010 telah diadakan di Taiping Perak. Ucapan terima kasih kepada semua Ayahanda-Ayahanda PAPIM PERAK dan semua yang terlibat kerana menyediakan dewan, sarapan dan makan tengahari. Juga terima kasih pada semua AJK yang hadir.














Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2

Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM, pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YB Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YB Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YB Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YB Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua jemaah yang hadzir.

Thursday, November 5, 2009

SUDUT INFO:-

UNTUK RENUNGAN BERSAMA- BETULKAH SEBUTAN SELAWAT KITA?????

Ada bermacam-macam bentuk lafaz selawat, tetapi yang paling biasa ialah lafaz selawat yang sering dikumandangkan dalam perarakan majlis Maulidur-Rasul pada setiap tahun.

"Sallallahu 'alaa Muhammad" - bait pertama
"Sallallahu 'alaihi wa sallam" - bait kedua

Kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang, dalam melafazkan selawat di atas adalah seperti berikut:-

PERTAMA: Bunyi "hu" pada hujung kalimah "Sallallahu" tidak dinyatakan. Ramai orang menyebut "Sallallah 'alaa Muhammad" dimana bunyi "hu" tidak dinyatakan . Bunyi "hu" itu adalah baris "dhammah" (hadapan) pada kalimah Allah. Dalam struktur ayat ini, kalimah Allah menjadi "isim fa'il" (pelaku) dan ia berkedudukan "rafa' ". Tanda rafa' nya ialah dengan menggunakan dhammah kerana kalimah Allah itu merupakan "isim mufrad". kalau bunyi "hu" itu tidak disebut dalam selawat, bermakna kita tidak meletakkan Allah sebagai "fa'il". Akibatnya lafaz selawat itu menjadi tidak betul dan sempurna.

KEDUA: Sama seperti kesilapan PERTAMA dalam kalimah "Sallallahu" dalam bait kedua. Keterangannya adalah sama seperti di atas.

KETIGA: Bunyi "hi" dihujung kalimah "alaihi" tidak disebut. Kebanyakan orang menyebut "alai wa sallam". "Hi" itu merupakan "dhamir" (gantinama) kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang telah disebut dalam bait pertama. kalau gantinama untuk Nabi Muhammad (s.a.w.) tidak disebut dalam selawat, bermakna selawat itu tidak sampai kepadanya. Sebagai perbandingan, samalah jika kita mengirim surat dengan tidak menuliskan nama penerima pada sampul surat, sudah tentu surat itu tidak akan sampai kepada penerimanya.

Oleh itu sama-samalah kita bertanya pada orang yang lebih arif, semoga setiap amalan kita tidak akan menjadi sia-sia.

Semoga ALLAH lipat gandakan pahala mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada saudaranya yang lain. Semoga ALLAH menerima dan menjaga amal jariah mereka. Ameen.......

Thursday, September 10, 2009

SUDUT INFO:-

KELEBIHAN 10 AKHIR RAMADHAN


Sedar tidak sedar, kita dah masuk sepuluh terakhir Ramadhan, di mana ada satu malam yang sesiapa beribadat pada malamnya akan di gandakan amalan selama 1,000 bulan.... maka marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini........

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadhan adalah:-
> Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadhan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

"Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda menhidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh(dalam beribadat) dan uzlah(mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

> Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar" (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata: "Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

> Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud: "Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadar ayat 3)
> Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kami turunkn (al-Quran) pada malam yang diberkati." (Surah al-Dukhan, ayat 3)

Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
> Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: "Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah." (Surah al-Dukhan, ayat 4).
Maksud 'urusan yang penuh hikmah' adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

> Allah mengampunkan hamba-Nya yang menhidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: "Carilah Lailatul Qadar pada malam terakhir Ramadhan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir." (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya): "Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku."

> Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadhan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sesekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan hingga Baginda wafat.

>Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

> Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

> Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di Masjid.

> Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke 20 Ramadhan.

>Waktu terakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

Perkara yang membatalkan iktikaf:

> Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

> Murtad.

> Hilang akal kerana gila atau mabuk.

> Datang haid atau nifas.

> Jimak, Firman Allah bermaksud: "Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid." (Surah al-Baqarah, ayat 187)

Perkara yang sunat dilakukan:

> Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

> Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan:-
> Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit.
> Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemjuan Islam Malaysia.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI


Paduka Ayahanda telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Keluarga NGO bersama Perdana Menteri di Purtrajaya pada hari Selasa 8hb Sept,2009 bersamaan 18 Ramadan 1430

Monday, September 7, 2009

SUDUT INFO:-

MISTERI BATU HAJAR ASWAD



Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan menagmbil gambar planet Bumi, dia berkata: "Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'abah di planet Bumi dengan Ka'abah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara da kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama "Zero Magnetism Area" ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua-dua kutub.
Itulah sebabnya jika sesaorang itu tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka'abah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu HAJAR ASWAD merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara eropah, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'abah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Jami al-Tirmidzi al-Hajj(877)

Monday, August 17, 2009

Petauliahan Ayahanda PAPIM Wilayah


16 Ogos ahad 2.00 petang di Adamson Hotel Jalan Raja muda Kuala Lumpur, Majlis Petauliahan Ayahanda Papim Wilayah persekutuan. di rasmikan oleh YM Imam Kaliafah paduka Ayahanda Haji Daud Presiden PAPIM Malaysia, Turut serta Tim. Presiden PAPIM, YM Paduka Ayahanda Tuan Syed Husain Al Shahab, Setiausaha PAPIM, Kekanda Nata dan bendahari PAPIM , YM Ayahanda Zulkifli Shaari. ramai lagi yang turut bersama dalam majlis ini meraikan dengan penuh gilang gemilang. bagi pehak PAPIM , menggucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat mejayakan majlis ini dan tetamu jemputan serta Tahniah kepada Ayahanda-Ayahanda Yang di Tauliahkan Ayahanda PAPIM.