Monday, November 9, 2009

Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2

Sabtu,7 Oktober 2009 - Bertempat di Dewan IKIM, pada pukul 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agong Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) yang telah dirasmikan oleh YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Majlis dihadiri Ayahanda PAPIM seluruh negeri diiringi anak jemaah masing-masing memenuhi luar dewan untuk menyambut kedatangan YB Datuk diiringi Presiden PAPIM, Paduka Ayahanda Hj. Daud bin Hj Wahab. Majlis bermula dengan perucapan pengacara majlis iaitu Kekanda Zul Kembara (Majlis Jemaah Cochrane) yang menjemput Ayahanda Hj Yaakob bin Salleh (Ayahanda Besut/Setiu, Terengganu) untuk bacaan doa. Setelah selesai bacaan doa, Kekanda Zul menjemput Presiden PAPIM, iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud untuk memberi ucapan. Paduka Ayahanda Hj Daud membuka bicara dengan banyak menekankan tentang peripentingnya "Badan Adik-Beradik" ini berdiri teguh dilandasanya sendiri dan menyeru agar sesama jemaah bersatu untuk melaksanakan tanggungjawab yang suci murni ini. Setelah Paduka Ayahanda Hj Daud selesai memberi amanat yang begitu beharga, tiba giliran tetamu kehormat majlis ini iaitu YB Senator Mej. Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PAPIM kali ke 2 ini. Banyak sekali penekanan YB Datuk mengenai Ukhuwah Islamiyyah ini dipelihara dari anasir jahat terutama pihak luar yang ingin melihat perpaduan terutama orang Islam ini longgar dan berpecah belah. Diselangi dengan cerita dan jenaka, ucapan YB Datuk mengingatkan DPR tentang Forum Perdana Ehwal Islam yang pernah YB Datuk seringkali menjadi ahli panel rancangan tersebut. Selesai ucapan perasmian, Kekanda Zul K mengumumkan nama-nama Ayahanda untuk mendapatkan sijil PAPIM dari YB Datuk seterusnya bergambar kenang-kenangan di atas pentas dewan IKIM yang pada hari ini mencatat sejarah saksi pertemuan Ayahanda PAPIM seluruh Malaysia. Syabas & Tahniah kepada semua jemaah yang hadzir.

3 comments:

Pekida Bukit Beruang said...

perancangan harus diapit dengan usaha. Doa merupakan senjata umat islam. Semoga segala yang di rancang di dalam mesyuarat Papim diberkati Allah dan berjaya hendaknya

SSRCARE BEAUTY said...

Umat Islam
Amat-Amat Perlu Bersatu
http://arenanusantara.blogspot.com/2010/01/umat-islam-amat-amat-perlu-bersatu.html

SSRCARE BEAUTY said...

aku lihat layu dalam melayu.....
aku pasti bukan aku seorang saje yg nampak...
ada juga yg bercadang bertanya tuan yg punya...
tapi bercampur risau dan tak tergamak....
nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri...
jadi aku menyendiri.... memerhati.... dan akhirnya mengakui....
yg kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan, bunga tak cantik kembang mekar ke kiri....
aku lihat layu dalam melayu...
tanahair kita yg punya kita... kita siram kita baja.... tapi angin api kita lupa.... mereka merancang masa menjilat bangsa.... 13 harimau bertukar menjadi mangsa....
kita lupa....
nenek moyang kaya raya.... jangan sesekali digadai harta bendanya...
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu..... takkan melayu hilang di dunia... ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa.... petah berbahasa kudrat tak berjasa.... orang berbudi kita hanya tahu merasa... selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.... selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju.... belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak.... bukan kata takde otak, cuma tak berfikir di luar kotak.....
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu...
aku jadi sayu... bunga menangis dia mendayu.... mahu jadi cantik tapi ragu....
aku merayu.....
bangunlah semula hidup kembali.... jangan tunggu matahari mati.... cepatlah mekar sebelum terlerai....
perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai....
http://arenanusantara.blogspot.com/